Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Pelaku kebakaran hutan boleh dikesan secara elektronik

    CANBERRA, 2 NOV – Mereka yang mencetuskan kebakaran semasa musim kebakaran hutan kini boleh dikesan secara elektronik mengikut undang-undang baharu yang dicadangkan di Australia Selatan (SA), lapor Xinhua.

    Undang-undang yang diperincikan oleh Peguam Negara SA, Kyam Maher itu akan memberi kuasa kepada polis untuk mendapatkan perintah mahkamah, yang memaksa pelaku kebakaran yang didapati bersalah dengan sengaja memulakan kebakaran hutan sebelum ini memakai alat pengesan.

    Polis sudah pun mengawasi mereka yang disabitkan atau disyaki membakar, namun Maher berkata pengesanan elektronik akan dapat meningkatkan pengawasan ke atas pelaku yang mencetuskan risiko besar pada musim bahaya kebakaran yang lazimnya berlaku antara 1 November hingga April.

    “Buat pertama kalinya sebaik sahaja undang-undang ini diluluskan, polis boleh memohon untuk memantau secara elektronik mereka yang pernah disabitkan kesalahan melakukan kebakaran hutan sebelum ini,” katanya kepada pemberita.

    Lebih 180 orang ditahan kerana didakwa memulakan kebakaran hutan di seluruh SA, Queensland, Tasmania, Victoria dan New South Wales pada 2019.

    Sehingga 2017-2018, polis SA telah menjejaki lebih 200 orang yang sengaja memulakan kebakaran. Maher berkata undang-undang baharu itu hanya terpakai kepada pesalah paling berbahaya.

    “Hanya sebahagian kecil orang berdepan pertuduhan itu dan dijatuhkan hukuman se-tiap tahun.

    “Meski jumlahnya tidaklah besar namun penguatkuasaan undang-undang itu disasarkan secara langsung kepada mereka yang paling berisiko,” katanya. – Bernama

    Individu yang mencetuskan kebakaran semasa musim kebakaran hutan kini boleh dikesan secara elektronik. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...