Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelan Induk Ekonomi mampu bangunkan daya saing negara

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JULAI – Negara Brunei Darussalam meneruskan usaha ke arah pembangunan negara dengan mengekalkan tema belanjawan negara iaitu melabur ke dalam masa hadapan.

    Pada masa yang sama, penekanan juga diberikan kepada Pelan Induk Ekonomi di bawah Matlamat 3 Wawasan yang menumpukan kepada 5 sektor utama yang dikenal pasti iaitu Hiliran Minyak dan Gas, Makanan, Pelancongan, Perkhidmatan dan ICT.

    Penekanan itu dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah dalam perkongsiannya semasa pembentangan bertajuk Gearing Up Towards Wawasan 2035 – An Overview of Budget 2024 and a look into FDIs yang berlangsung di Hotel Radisson, Bandar Seri Begawan kelmarin.

    YB Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew mengongsikan pandangannya semasa sesi pembentangan berkenaan.

    Sesi pembentangan yang dianjurkan oleh Persatuan Perniagaan Perancis Brunei (FBBA) itu dihadiri oleh perwakilan-perwakilan daripada negara-negara sahabat, pengusaha-pengusaha, usahawan-usahawan tempatan, pemimpin-pemimpin syarikat, ahli-ahli persatuan serta jemputan khas.

    Dalam pembentangannya lagi, Yang Berhormat Dato juga menerangkan bahawa pelan induk berkenaan telah mengenal pasti 6 aspirasi iaitu perniagaan produktif, individu berkemahiran, ekonomi yang berkaitan secara global, alam sekitar lestari, infrastruktur ekonomi berkualiti dan urus tadbir baik.

    Negara Brunei Darussalam, tambahnya, akan terus meningkatkan daya saingnya dalam pasaran global supaya dapat menarik pelaburan langsung asing (FDI) serta meningkatkan ekosistem perniagaannya bagi perniagaan tempatan dan antarabangsa.

    Di antara yang menghadiri sesi pembentangan berkenaan.

    Terdahulu, Duta Perancis ke Negara Brunei Darussalam dan Penaung FBBA, Tuan Yang Terutama Bernard Regnauld-Fabre dalam kata alu-aluannya mengongsi perkembangan usaha Perancis membangunkan kerjasama aktif dan konkrit bersama ASEAN dengan menumpukan kepada Program Fellowship Junior ASEAN (AFJP) dan juga Pusat Penyelidikan ASEAN bagi Perubahan Iklim yang bakal dibuka di Bandar Seri Begawan dalam masa terdekat.

    Di antara yang menghadiri sesi pembentangan berkenaan.

    Di samping itu, beliau mendedahkan bahawa Dana Satu Juta Euro juga telah ditubuhkan baru-baru ini, yang akan membiayai inisiatif-inisiatif berhubung isu-isu utama seperti kesalinghubungan tenaga dan grid kuasa ASEAN menerusi penganjuran seminar di Singapura pada 2025.

    YB Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bergambar ramai dengan ahli eksekutif FBBA.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda