Wednesday, September 25, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelan Induk pengangkutan Sarawak mampu penuhi keperluan negeri

    KUCHING, 24 SEPT– Pelan Induk Pengangkutan Bersepadu Sarawak 2025-2040 akan menjadi inisiatif untuk mewujudkan rangka kerja komprehensif bagi pembangunan sistem pengangkutan bersepadu, moden dan mampan yang memenuhi keperluan negeri yang semakin meningkat. 

    Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin berkata walaupun terdapat pelbagai pelan induk pembangunan bandar dan wilayah dirangka pada masa lepas, namun tidak ada satu pun yang bersepadu atau menangani masalah dalam sektor pengangkutan.

    “Pelan Induk ini bertujuan merapatkan jurang itu dan merangka hala tuju yang bersatu dan strategik,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan bersempena dengan pelancaran Makmal Pelan Induk Pengangkutan Bersepadu Sarawak, hari ini.

    Beliau berkata sektor pengangkutan ialah tulang belakang ekonomi dan keterangkuman sosial Sarawak, serta sistem pengangkutan yang cekap akan memudahkan pergerakan manusia dan barangan, meningkatkan perdagangan dan pelaburan merentasi pelbagai industri termasuk pembuatan, pertanian dan pelancongan. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda