Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelan khusus kaum India dilancar bulan depan – Najib

    CHENNAI, 31 Mac – Kerajaan akan melancarkan satu pelan tindakan baharu khusus untuk memastikan kemajuan masyarakat India, bulan depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Beliau berkata inisiatif baharu itu bertujuan mengimbangi pembangunan kaum India bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam agenda transformasi negara.

    Katanya satu mekanisme khusus akan diwujudkan bagi memastikan kejayaan pelan tindakan itu kelak.

    “Ini bukan satu retorik semata-mata sebab kita ada sasaran tertentu dan menetapkan satu jangka masa untuk menjayakan pelan tindakan itu,” katanya pada sesi bersama pelajar dan komuniti Malaysia di Chennai, hari ini.

    Kira-kira 200 diaspora Malaysia di Selatan India hadir pada pertemuan itu yang diadakan sempena lawatan rasmi enam hari perdana menteri ke India yang bermula semalam.

    Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menjelaskan perkara berkenaan. – Bernama
    Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menjelaskan perkara berkenaan. – Bernama

    Najib berkata langkah kerajaan itu selaras dengan agenda transformasi negara yang menekankan konsep inklusiviti, kesalinghubungan dan pembangunan modal insan.

    Katanya, ini juga menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk memastikan kemajuan negara dirasai setiap rakyat.

    Dalam pada itu, perdana menteri turut menjelaskan mengenai inisiatif yang diambil kerajaan untuk menyelesaikan masalah penempatan yang dihadapi graduan perubatan bagi menjalani tempoh latihan.

    Menurut Najib, di bawah inisiatif itu, graduan perubatan akan mendapat peluang leih cepat untuk menjalani latihan berkenaan dan seterusnya diserap ke dalam jawatan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda