MANILA, 15 Feb – Kerajaan bercadang untuk mengutip sumbangan daripada anggota tentera dan polis yang masih berkhidmat untuk manfaat pencen mereka pada masa depan, dalam usaha pentadbiran Duterte untuk meningkatkan pembayaran kepada anggota bersara, lapor Inquirer.net.
Setiausaha Belanjawan, Benjamin E. Diokno, memberitahu pemberita pada Rabu bahawa sistem pencen baharu untuk anggota beruniform akan diselia oleh Sistem Insurans Perkhidmatan Kerajaan (GSIS), yang akan ditubuhkan sebelum akhir tahun ini.
Bagi pesara sedia ada, beliau berkata kerajaan akan menghormati kontrak mereka dan mengekalkan sistem semasa. – Bernama