Pelan Tindakan 2020 pasukan China musnah

CHINA, 17 JAN – ‘Pelan Tindakan 2020’ pasukan bola sepak China berada di ambang kemusnahan selepas satu lagi kegagalan perlawanan antarabangsa yang berakhir dengan para pemain menangis meninggalkan padang selepas mengalami kekalahan dalam tiga perlawanan tanpa sebarang jaringan gol.

Pada 2018, Persatuan Bolasepak China, CFP, menetapkan beberapa sasaran untuk pasukan kebangsaan lelaki di pelbagai peringkat umur, tetapi malangnya tiada satu pun yang menepati sasaran.

Kegagalan terbaharu, menyebabkan kehilangan peluang untuk kelayakan pasukan ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo. Bagi menempah tiket ke Jepun, China perlu menamatkan perlawanan di kelompok tiga teratas dalam Kejohanan Asia Bawah-23, yang berlangsung di Thailand. Tetapi pasukan China berada di tempat tercorot tanpa sebarang gol dan mata.

Objektif lain yang belum dicapai termasuk melangkah ke separuh akhir Piala Asia 2019, kelayakan Piala Dunia B-17 dan B-20 dan berada di ranking 70 teratas dalam kedudukan bola sepak antarabangsa.

China berada di kedudukan ke-76 minggu ini dalam ranking FIFA. Walaupun, pelaburan kewangan yang signifikan pada tahun-tahun kebelakangan oleh kelab-kelab Liga Super China terhadap bakat-bakat asing dan usaha kerajaan di peringkat akar umbi.

“Saya tidak pasti apa yang berlaku kerana China telah melabur dalam bola sepak belia dan generasi baharu akan muncul, tetapi kualiti yang rendah masih menjadi masalah,” bekas penyerang Beijing Guoan, Dejan Damjanovic memberitahu The Associated Press. “Mereka perlu terus melabur untuk mencuba dan menghantar pemain muda terbaik ke Eropah untuk pembaikan. Ini satu-satunya peluang untuk bola sepak China. – AP

Gambar fail pada 20 Jan 2019, pemain China menyapa penyokong di akhir perlawanan pusingan 16, Piala Asia AFC perlawanan di antara Thailand dan China di Stadium Hazza bin Zayed di Al Ain di Emiriah Arab Bersatu. – AP