SIBU, 10 JUN – Agensi Pembangunan Wilayah Tengah Rajang (MiRRDA) sedang merangka pelan tindakan dan menyenaraikan projek-projek pembangunan untuk dilaksanakan di wilayah tersebut melalui Bengkel Strategi Pembangunan 2030 selama tiga hari bermula hari ini. Pengerusi MiRRDA merangkap Menteri Perpaduan Negara, Datuk Seri Aaron Ago Dagang berkata bengkel anjuran MiRRDA dengan kerjasama Jabatan Premier Sarawak yang