KUALA LUMPUR, 3 OGOS – Pelan mitigasi dan tindakan susulan yang berterusan sedang dilaksanakan bagi menambahbaik kaedah pelaksanaan projek lebuhraya Pan Borneo yang telah diputuskan sebelum ini.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata tindakan tersebut adalah bagi memastikan kelancaran dan kelangsungan projek lebuh raya Pan Borneo sebagai pemangkin pembangunan sektor sosioekonomi, perindustrian serta pelaburan di sepanjang jajaran projek tersebut.
“Kerajaan hari ini akan tetap menghormati keputusan kerajaan terdahulu untuk mengubah kaedah pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo. Pada awalnya penamatan Rakan Pelaksana Projek (PDP) dijangka akan memberi penjimatan kepada kerajaan khususnya tiada keperluan pembayaran yuran PDP.
“Bagaimanapun, perubahan model pelaksanaan tersebut tidak mengambil kira perkara-perkara berikut yang sedang ditangani kerajaan.”
Impak akibat perubahan model pelaksanaan merangkumi kesan ke atas pentadbiran projek, perubahan kontrak, kebajikan kakitangan yang terlibat dan keperluan penambahbaikan kapasiti serta kepakaran teknikal sedia ada. – Bernama