Sunday, March 30, 2025
30.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelancaran MSW kukuh komitmen PBMP

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 MAC – Pelancaran Maritime Single Window (MSW) merupakan sebuah mercu tanda penting dalam agenda berterusan transformasi digital Negara Brunei Darussalam.

    “Hari ini, kita mengambil langkah besar ke hadapan dalam mengubah cara proses pelepasan kapal dijalankan di Negara Brunei Darussalam. Pelaksanaan MSW, seperti dimandat oleh Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) di bawah Konvensyen FAL, membenarkan bagi penyerahan elektronik, pemprosesan dan kelulusan maklumat pelepasan pelabuhan-semuanya melalui sebuah platform dalam talian tunggal.”

    Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan (PBMP) Brunei Darussalam, Kapten (B) Zil Husam bin Haji Abdul Rahman dalam ucapan alu-aluannya di Majlis Pelancaran MSW yang berlangsung di Dewan Seri Kerna, Ibu Pejabat PBMP, hari ini.

    Hadir menyempurnakan pelancaran berkenaan ialah Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Pengerusi PBMP, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha.

    Turut hadir pada majlis itu ialah setiausaha tetap dan timbalan-timbalan setiausaha tetap Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, pegawai-pegawai kanan kerajaan serta pihak berkepentingan dalam industri maritim.

    Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary menyempurnakan pelancaran sistem MSW pada majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    GAMBAR OLEH SIM Y. H.

    MSW merupakan sebuah platform digital yang direka untuk menyelaraskan dan mempercepatkan proses penyerahan dan kelulusan dokumentasi pelepasan pelabuhan.

    Dengan mengoptimumkan aliran kerja operasi, MSW meningkatkan kecekapan untuk pihak berkepentingan dan memudahkan pengalaman yang lebih lancar dan telus dalam industri maritim.

    Berikutan dengan kejayaan pelaksanaan Fasa 1, Fasa 2 akan datang, inisiatif Transformasi Digital PBMP akan menumpukan kepada pendigitalan sepenuhnya dan pemusatan kesemua perkhidmatan PBMP.

    Ia termasuk pendaftaran kapal, pelesenan, latihan maritim, sistem kewangan dan pembayaran atas talian, kesemuanya dijadualkan untuk beroperasi semasa Minggu Maritim Brunei Darussalam pada 29 September nanti.

    Pelancaran MSW mengukuhkan komitmen kuat PBMP kepada memanfaatkan inovasi digital dalam operasi maritim sambil memajukan kecekapan, ketelusan dan daya saing global sektor berkenaan.

    Majlis turut menyaksikan demonstrasi langsung sistem MSW yang disaksikan oleh Yang Berhormat Pengiran Dato.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda