Wednesday, November 27, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelancaran poster beri kesedaran keselamatan jalan raya

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 NOV – Untuk memperingati mangsa-mangsa yang terkorban dan yang terce-dera akibat kemalangan jalan raya, Majlis Keselamatan Kebangsaan Jalan Raya (MKKJR) dan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC), mengadakan Majlis Sempena Memperingati Mangsa-mangsa Lalu Lintas Jalan Raya Sedunia 2024 di Dewan Mawaddah, Setia Point, Mukim Berakas A, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan pelancaran poster kempen bertemakan Hari Itu ialah Menteri Pengangkutan dan Infokomuniasi, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Mustapha selaku Pengerusi MKKJR.

    Turut hadir ialah ahli-ahli MKKJR, para pegawai kanan dan kakitangan MTIC dan jabatan-jabatan di bawahnya serta agensi-agensi pihak berkuasa di bawahnya.

    Dalam kata alu-aluannya, Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan) di MTIC, Haji Mohammad Salihin bin Haji Aspar selaku Setiausaha MKKJR berkata kempen itu menceritakan kisah Hari Itu di mana terjadinya kemalangan jalan raya yang telah mengakibatkan kematian atau mengubah kehidupan mangsa jalan raya buat selamanya.

    “Oleh yang demikian, Hari Itu adalah sebagai peringatan sambil mengimbas kembali kejadian berkenaan,” tambahnya.

    Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary semasa meninjau lukisan salah seorang peserta pada majlis tersebut. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Antara yang hadir pada majlis itu. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    Majlis diteruskan dengan pelancaran poster kempen yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary. Poster berkenaan mengetengahkan kisah-kisah benar kemalangan jalan raya di negara ini yang meragut nyawa pemandu dan penumpang serta mengakibatkan kecederaan serius dengan kesan berpanjangan kepada mangsa dan keluarga mereka.

    Tema itu bertujuan memberi kesedaran kepada semua pihak mengenai pentingnya keselamatan di jalan raya.

    Majlis kemudian menyaksikan Yang Berhormat Pengiran Dato menyempurnakan penyampaian piala dan hadiah kepada murid dan pelajar yang menyertai pelbagai pertandingan keselamatan jalan raya.

    Inisiatif itu merangkumi pertandingan lukisan keselamatan jalan raya untuk sekolah rendah, pertandingan kuiz keselamatan jalan raya untuk sekolah menengah, maktab dan pusat tingkatan enam serta pertandingan reka bentuk video klip animasi keselamaran jalan raya dan video klip RADED (Road Accident Data Enhancement and Development).

    Aktiviti berkenaan bertujuan memupuk kesedaran keselamatan jalan raya dalam kalangan generasi muda.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda