Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelancaran PV bantu kurangkan jejak karbon

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 NOV – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) melakar mercu tanda yang signifikan dalam perjalanannya ke arah kemampanan dan pengurusan alam sekitar dengan pelancaran sistem 60 kWh fotovolta (PV) baharunya.

    Hadir untuk menyempurnakan pelancaran rasmi sistem yang berlangsung di Ibu Pejabat BIBD hari ini ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Pengerusi BIBD, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman.

    Turut hadir pegawai-pe-gawai kanan dari Kementerian Pembangunan, Jabatan Tenaga, Jabatan Perdana Menteri, ahli-ahli Lembaga Pengarah BIBD dan Lembaga Penasihat Syariah BIBD serta pengurusan dan kakitangan BIBD.

    BIBD kini menjadi institusi kewangan pertama di Bandar Seri Begawan untuk memasang panel suria atas bumbung yang mengetengahkan komitmen BIBD kepada masa depan yang lebih berdaya tahan dan hijau untuk Negara Brunei Darussalam.

    Sistem PV suria akan menjana tenaga yang boleh diperbaharui mencukupi untuk mengurangkan secara signifikan pelepasan karbon dioksida bank berkenaan sebanyak kira-kira 50 metrik tan setahun iaitu bersamaan kepada mencegah pelepasan yang dihasilkan daripada pembakaran lebih 5,000 gelen petrol.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin semasa melancarkan sistem 60 kWh fotovolta (PV) baharu di Ibu Pejabat BIBD. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bergambar ramai pada majlis tersebut. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

     

    Usaha alam sekitar itu adalah setanding dengan penanaman sebanyak 750 pohon pokok setiap tahun.

    Projek suria atas bumbung BIBD menunjukkan kepimpinannya dalam amalan mampan dalam sektor kewangan Brunei, menjadi sebagai inspirasi bagi perusahaan komersial lain untuk mengintegrasikan penyelesaian tenaga boleh diperbaharui.

    Dengan menerima pakai tenaga suria, BIBD akan mencapai penjimatan kos signifikan yang boleh disalurkan ke arah inisiatif-inisiatif komuniti dan memperbaiki lagi perkhidmatan pelanggan.

    Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BIBD, Awang Junaidi bin Masri berkata semasa pelancaran berkenaan, sebagai bangunan komersial insinuasi kewangan pertama di Bandar Seri Begawan untuk memasang panel suria atas bumbung, Ibu Pejabat BIBD memimpin melalui teladan dalam integrasi tenaga boleh diperbaharui ke dalam operasinya.

    Semasa mereka menghidupkan sistem suria itu, mereka melakukan lebih daripada membekalkan kuasa kepada bangunan tetapi juga memperkasakan komuniti.

    “Pemasangan ini menetapkan penanda aras baharu untuk amalan mampan dalam sektor kewangan Brunei dan saya berharap ia akan menjadi inspirasi kepada yang lain untuk mengikutinya,” katanya.

    Usaha BIBD itu merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan yang lebih besar kepada kemampanan, selaras dengan aspirasi Wawasan Brunei 2035 bagi sebuah ekonomi dinamik dan bertanggungjawab alam sekitar.

    Bank berkenaan terus mengambil langkah aktif untuk menyokong matlamat alam sekitar negara menerusi rangka kerja kemampanannya.

    Pemasangan panel suria itu bukan sahaja mengurangkan jejak karbon organisasi berkenaan tetapi ia juga menandakan komitmen yang lebih meluas kepada menyumbang secara positif kepada alam sekitar dan masyarakat.

    Penjimatan yang diperoleh dalam menggunakan tenaga suria akan membolehkan BIBD melabur dalam lebih banyak inisiatif-inisiatif komuniti tempatan, menyediakan lebih manfaat kepada warga Brunei.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda