Tuesday, February 11, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelancaran roket cetakan 3D dibatalkan

    CAPE CANAVERAL, FLORIDA, 10 MAC – Sebuah roket yang dibuat hampir keseluruhannya daripada alat cetakan 3D masih berada di landas pelancaran selepas percubaan untuk melancarkannya dibatalkan pada minit-minit terakhir.

    Firma Relativity Space berusaha melancarkan roket ke orbit dari bekas tapak peluru berpandu di Stesen Angkasa Cape Canaveral.

    Tidak ada pengumuman bila syarikat akan mencuba pelancaran sekali lagi.

    Komputer penerbangan menghentikan pengiraan detik pelancaran dengan masa tinggal satu minit disebabkan masalah suhu di bahagian atas roket. Kawalan Misi memutuskan untuk mengatasi masalah tersebut dan cuba sekali lagi sebelum tingkap pelancaran ditutup, tetapi membatalkannya pada saat terakhir.

    Ia adalah roket kecil, setinggi 33 meter, dan tidak akan membawa apa-apa untuk ujian penerbangan ini kecuali cenderamata, iaitu cetakan 3D besi pertama daripada pencetak syarikat.

    Kira-kira 85 peratus daripada roket, dinamakan Terran, dibuat daripada alat 3D yang dicetak di kilang syarikat di Long Beach, California, termasuk enjinnya. Relativity Space berhasrat menambah peratusan itu bagi versi masa depannya. – AP

    Gambar serahan Relativity Space menunjukkan roket Terran di landas pelancaran di Cape Canaveral pada 8 Mac 2023. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda