Wednesday, April 9, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelancaran satelit pengintip Korea Utara gagal lagi

    SEOUL, 24 OGOS – Percubaan kedua Pyongyang untuk melancarkan satelit pengintip tentera ke orbit telah gagal, lapor media negara itu hari ini.

    Pelancaran roket yang membawa satelit pengintip Malligyong-1 berlaku pada awal pagi kelmarin dari sebuah tapak pelancaran di wilayah Pyongan Utara, agensi berita Jerman (dpa) memetik agensi berita Korean Central News Agency (KCNA).

    Agensi tersebut melaporkan bahawa fasa pertama dan kedua pelancaran roket berjalan seperti yang dirancang, tetapi kegagalan berlaku ‘disebabkan oleh ralat dalam sistem letupan kecemasan semasa penerbangan peringkat ketiga.’

    Pentadbiran Pembangunan Aeroangkasa Kebangsaan (NADA) Korea Utara berkata pihaknya akan mencuba pelancaran ketiga pada Oktober berikutan siasatan mengenai sebab kegagalan itu, kata KCNA.

    Kerajaan Jepun kelmarin berkata Korea Utara telah melancarkan peluru berpandu merentasi selatan Jepun ke arah Lautan Pasifik. Tiada laporan kerosakan selepas pelancaran itu Jepun turut memaklumkan percubaan Korea Utara itu kepada penduduknya di kawasan terjejas menerusi sistem amaran J-Alert.

    Percubaan kali pertama Pyongyang melancarkan satelit pengintip tentera ke orbit dibuat pada 31 Mei, tetapi ia gagal. – Bernama

    Skrin TV menunjukkan laporan pelancaran roket Korea Utara dengan imej fail semasa program berita di Stesen Kereta Api Seoul di Seoul, Korea Selatan pada 24 Ogos. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda