Thursday, January 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelancong asing dialu-alukan sambut TBC 2025 di China

    BEIJING 15 JAN – China menerima kedatangan lebih 64.88 juta pengembara asing sepanjang tahun lepas, naik 82.9 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya, manakala mereka yang masuk tanpa visa meningkat 112.3 peratus dengan mencatat lebih 20.11 juta orang.

    Bagi tempoh cuti Tahun Baharu 2025 yang baru berakhir, ketibaan pelancong asing di China telah meningkat hampir 34 peratus berbanding masa yang sama pada 2024.

    Demikian dimaklumkan Jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun dalam sidang akhbar di sini kelmarin.

    “Tidak sampai 20 hari lagi menjelang Tahun Baharu Cina (TBC) 2025 yang merupakan edisi pertama selepas disenaraikan dalam Warisan Budaya Tidak Ketara Sedunia. Pelancong asing dialu-alukan datang ke China untuk bersama-sama menyambut TBC, menjelajah dan menghormati cita rasa negara itu yang berunsurkan ‘Tahun Ular’ dalam suasana meriah,” tambah beliau.

    Mengulas lanjut, Guo berkata terdapat semakin ramai pelancong asing yang memilih menjejakkan kaki ke China, hasil pelaksanaan dasar kerajaan China tentang layanan bebas visa yang melibatkan semakin banyak negara asing dan pelbagai peraturan yang dikemas kini berturut-turut untuk memudahkan pengembaraan pelancong asing di negara itu.

    Sebelum ini, Pejabat Am Dewan Negara China telah mewartakan satu surat pekeliling yang bertajuk Siri Langkah Cipta Penggerak Baharu Rangsangkan Penggunaan Kebudayaan dan Pelancongan, yang menumpukan kepada ‘mengemas kini dasar imigrasi untuk golongan pelancong asing’ dan ‘menambah lebih banyak negara asing dalam senarai bebas visa’. – Bernama

    Orang ramai melawat Festival Tanglung di Taman Wenyuhe Beijing di Beijing pada 4 Januari, untuk menyambut TBC yang akan datang pada 29 Januari. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda