Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelancong asing hayati keunikan budaya di galeri LAWA

    LABUAN, 15 SEPT – Galeri Labuan Warisan (LAWA) kini semakin mendapat perhatian apabila pelancong asing mula membanjiri ruang pamerannya untuk menghayati dan menghargai warisan budaya.

    Galeri berkenaan yang dirasmikan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah pada Julai lepas mempamerkan kraf tangan tempatan asli, cenderamata, hiasan rumah, aksesori peribadi, fesyen dan tekstil serta batik buatan tangan.

    Sekumpulan 12 pelancong dari China antara yang terbaharu mengunjungi galeri itu dan berpeluang melihat keunikan produk kraf tangan.

    Ketua Majlis Perniagaan (Pelancongan) Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur (BIMP-EAGA), Jerry Teo berkata lawatan mereka mencerminkan daya tarikan LAWA yang semakin berkembang sebagai hab budaya yang menghubungkan pelancong antarabangsa dengan warisan kreatif pulau terbabit.

    “Pelancong berpeluang menghayati kreativiti budaya Labuan, daripada kraf kulit siput yang rumit buatannya dan hiasan berasaskan daun, sehingga kepada teknik pencelupan tekstil dan anyaman rotan yang dipamerkan dengan penuh seni,” katanya. – Bernama

    Gambar bertarikh 12 Ogos 2025 menunjukkan galeri LAWA. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda