Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Pelancong Belanda yang hilang ditemui mati di pulau Greece

    ATHENS, 30 OGOS – Seorang pelancong Belanda yang hilang di pulau Aegean, Samos, telah ditemui mati, kata polis Greece kelmarin, menjadikannya kematian pelancong terbaharu dalam musim panas yang sangat terik.

    Bedah siasat yang dijalankan di kawasan terpencil pulau, tempat mayat ditemui mengesahkan identiti wanita tersebut sebagai Brigitte van Gennip, 65, yang menurut polis telah dilaporkan hilang sejak 22 Ogos.

    Polis berkata seorang pelancong Belgium kebetulan menemui mayat itu pada Rabu, di sebuah gaung jauh dari tempat telefon bimbitnya kali terakhir dikesan.

    Tiada bukti yang menunjukkan perbuatan jenayah buat masa ini, menurut polis.

    Pihak berkuasa Belanda telah menghantar pasukan penyelamat dengan lapan ekor anjing ke Samos bagi membantu rakan sejawat mereka di Greece mencari wanita tersebut.

    Sekurang-kurangnya tujuh pelawat asing ke destinasi pulau yang popular di Greece telah meninggal dunia pada musim panas ini, di tengah-tengah suhu yang lebih tinggi daripada biasa.

    Pihak berkuasa kesihatan Greece telah berulang kali mengeluarkan amaran tentang risiko terdedah kepada panas, menasihatkan orang ramai supaya tidak berada di luar rumah pada waktu paling panas dalam sehari.

    Para saintis telah lama memberikan amaran bahawa perubahan iklim yang berpunca daripada perbuatan manusia yang didorong oleh pembakaran bahan api fosil menjadikan tempoh panas melampau lebih berkemungkinan dan lebih teruk. – AFP

    Seorang anggota pasukan mencari dan menyelamat Belanda memeriksa kawasan semasa mencari wanita Belanda berusia 65 tahun yang hilang berhampiran Terowong Eupalinos, di pulau Samos, pada 27 Ogos. – AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...

    Terkini