Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelancong beransur-ansur kembali ke Angkor

    SIEM REAP, KEMBOJA – Sao En, seorang penjual cenderamata di Taman Arkeologi Angkor di barat laut Kemboja, gembira melihat ramai pelancong asing kembali melawat tapak purba itu.

    Menjual cenderamata di taman itu selama lebih sedekad, Sao En berkata pendapatannya mula bertambah baik selepas teruk terjejas disebabkan oleh penularan COVID selama lebih dua tahun.

    “Semasa COVID, ia sangat sunyi, tetapi sekarang, semakin ramai pelancong,” kata ibu kepada dua anak yang berusia 29 tahun memberitahu Xinhua.

    “Setiap hujung minggu, ramai pelancong akan berkunjung, jualan turut meningkat.

    “Sebagai seorang penjual cenderamata saya gembira melihat ramai pelancong kembali ke Angkor,” katanya

    Pemulihan pelancongan mendapat momentum selepas Kemboja berjaya mengawal wabak COVID dan membuka semula sempadannya. – Xinhua
    Angkor Wat disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1992. – Xinhua
    Pemulihan pelancongan mendapat momentum selepas Kemboja berjaya mengawal wabak COVID dan membuka semula sempadannya. – Xinhua

    Disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1992, Taman Arkeologi Angkor seluas 401 km persegi adalah destinasi pelancongan paling popular di negara itu.

    Tapak ini mengandungi tinggalan indah ibu kota yang berbeza Empayar Khmer dari abad kesembilan hingga ke-15, yang terdiri daripada beberapa kuil utama seperti Angkor Wat, Angkor Thom, Bayon, Chau Say Tevoda dan Ta Keo, antara lain.

    Setiausaha Negara dan Jurucakap Kementerian Pelancongan, Top Sopheak berkata jumlah pelancong antarabangsa ke Angkor telah beransur pulih dan dalam tempoh 11 bulan pertama 2022, tapak itu menerima lebih 225,000 orang pelancong asing.

    “Pada masa ini, Angkor menarik antara 1,800 dan 2,000 pelawat asing setiap hari, peningkatan ketara daripada hanya 70 sehari semasa COVID dalam tempoh dua tahun lalu,” katanya kepada Xinhua.

    Bagaimanapun, jumlah itu masih rendah jika dibandingkan dengan era pra-pandemik yang mencatatkan sehingga 9,000 pengunjung antarabangsa ke Angkor sehari, kata Sopheak.

    “Kami percaya lebih ramai pelancong asing akan datang ke Kemboja, terutamanya ke Angkor, pada tahun-tahun akan datang kerana banyak syarikat penerbangan telah menyambung semula penerbangan mereka ke negara itu,” katanya.

    Long Kosal, timbalan ketua pengarah Pihak Berkuasa Kebangsaan APSARA, yang merupakan agensi kerajaan yang bertanggungjawab mengurus, menjaga dan memelihara Angkor, berkata pemulihan pelancongan telah mendapat momentum selepas Kemboja berjaya mengawal wabak COVID dan membuka semula sempadannya sepenuhnya.

    “Kerajaan juga telah membuat banyak usaha dalam pelan pemulihan untuk industri pelancongan,” katanya kepada Xinhua.

    Menurut Kosal, semasa era pra-pandemik, Angkor mene- rima sehingga 2.2 juta pelawat antarabangsa pada 2019, memperoleh AS$99 juta hasil daripada penjualan tiket. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda