Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelancong China dipukul cetus gempar

    BANGKOK, 30 Sept – Klip video mengenai seorang pelancong dari China dipukul oleh pengawal keselamatan lapangan terbang di Bangkok telah mencetuskan gesaan maaf dan berikrar untuk mengambil tindakan, ketika kerajaan terus menangani kawalan kerosakan terhadap insiden itu.

    China merupakan sumber pelancongan terbesar Thailand, dengan kadar suku daripada 35 juta pelancong tahunannya.

    Namun satu bencana bot di pulau popular Phuket pada bulan Julai, yang telah mengorbankan berpuluh-puluh pelancong dari China, telah menyebabkan kemerosotan mengejut dan meletakkan Thailand dalam keadaan berwaspada ke atas masalah itu yang mungkin memberi impak pada pasaran.

    Klip video pada 27 September di Lapangan Terbang Don Mueang, Bangkok, menunjukkan seorang pegawal keselamatan berbalah dan kemudian memukul seorang lelaki, ia dengan pantas mendapat respons dari pelbagai peringkat kerajaan.

    Seorang jurucakap kerajaan, Sunsern Kaewkumnerd, berkata hari ini bahawa Perdana Menteri dan pemimpin junta, Prayut Chan-O-Cha ‘dukacita’ dengan kejadian itu.

    “Perdana menteri berpendapat meskipun pelancong itu tidak dapat mengesahkan keberadaannya di Thailand, enggan ditempatkan di bilik penahanan dan tidak bertingkah laku baik, anggota pegawai keselamatan masih perlu mengawal diri dan menanganinya dengan amalan antarabangsa,” kata Sunser dalam satu pesanan kepada wartawan.

    Dia menambah bahawa dua orang kakitangan kanan lapangan terbang akan digantung kerja dan pengawal keselamatan itu mungkin akan dipecat. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda