SYDNEY, 30 DIS – Pelancong dan anggota bomba diarahkan melarikan diri dari kebakaran besar di selatan tenggara Australia pada hari ini, berikutan gelombang panas yang semakin meningkat akibat kebakaran belukar yang amat teruk di seluruh negara.
Pihak berkuasa berkata kira-kira 30,000 pelancong melawat kawasan indah di tenggara benua itu telah diarahkan untuk berpindah.
Berpuluh-puluh kebakaran sedang melanda kawasan pedalaman Timur Gappsland, di beberapa tempat beratus-ratus anggota bomba ditarik balik dari lingkungan kebakaran 1,000 kilometer.
Ia merupakan kecemasan terbaharu dalam kebakaran musim panas yang menghancurkan Australia, disebabkan oleh kemarau yang berpanjangan dan perubahan iklim. Sepuluh orang telah terbunuh, lebih daripada 1,000 rumah musnah dan lebih daripda tiga juta hektar (7.4 juta ekar) telah musnah, satu kawasan yang lebih besar daripada Belgium. – AFP