Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelancong diserang harimau ketika ambil swafoto di Thailand

    PHUKET, 1 JUN – Seorang pelancong dari India diserang seekor harimau di sebuah taman tarikan haiwan di Thailand ketika cuba mengambil swafoto bersama haiwan pemangsa itu, sekali gus mencetuskan perdebatan tentang etika pelancongan hidupan liar.

    Video berdurasi 25 saat yang dimuat naik oleh Sidharth Shukla di platform X pada 29 Mei telah menjadi tular, dengan lebih 3.7 juta tontonan.

    “Difahamkan seorang lelaki India diserang harimau di Thailand. Ini adalah salah satu tempat di mana harimau dijadikan seperti haiwan peliharaan dan orang ramai boleh bergambar, memberi makan dan sebagainya,” kata Sidharth.

    Dalam video berkenaan, pelancong lelaki yang tidak dikenali itu dilihat berjalan beriringan dengan harimau yang dirantai, sambil seorang jurulatih mengikuti dari belakang. Dia kemudian berhenti dan berlutut di sebelah haiwan tersebut, manakala jurulatih dilihat menggunakan kayu untuk menyuruh harimau itu duduk.

    Namun, harimau itu menjadi agresif dan tiba-tiba menyerang pelancong tersebut, yang kedengaran menjerit kuat. Jeritan berterusan selama kira-kira 10 saat sebelum rakaman tersebut berakhir secara tiba-tiba. – ANN/The Star

    Seekor harimau menjadi agresif dan secara tiba-tiba menyerang seorang pelancong di Phuket, Thailand. – ANN/The Star
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda