SIBOLANGIT, Indonesia, 30 Jun – Seorang pelancong Jerman yang hilang selama seminggu selepas bergerak untuk mendaki sebuah gunung berapi Indonesia ditemui mati, menurut seorang pegawai mencari dan menyelamat hari ini.
Klaus Wolter, 48, yang tinggal di Singapura didapati hilang Rabu lepas selepas memberitahu hotel tempat dia tinggal dia ingin mendaki Gunung Sibayak, sebuah gunung berapi aktif di wilayah Utara Sumatera.
Beberapa orang penyelamat memulakan usaha mencari di gunung berapi itu selama lapan hari yang kali terakhir meletus seratus tahun lalu yang juga melibatkan pencarian menggunakan helikopter.
Mayat Wolter ditemui kelmarin berdekatan sebuah air terjun beberapa kilometer dari tempat dia kali terakhir dilihat.
“Pasukan penyelamat mengambil masa beberapa jam untuk membawa pulang mayat itu disebabkan rupa bumi yang tidak rata,” jelas ketua pejabat misi mencari dan menyelamat setempat, Budiawan.

“Isteri kepada mangsa telah mengesahkan mayat itu adalah suaminya,” Budiawan memberitahu AFP.
Sebelum ini juga berlaku kejadian serupa dalam kalangan pelancong yang mendaki gunung-gunung berapi di China.
Dalam tahun 2010, seorang pelancong dari Itali terbunuh selepas jatuh ke dalam gaung ketika mendaki Gunung Rinjani, gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia. – AFP