ALOR GAJAH, 2 Jan – Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menjangkakan jumlah kedatangan pelancong ke negara ini akan meningkat kira-kira 4.3 peratus kepada 31.8 juta pada tahun ini dengan pelaksanaan Tahun Melawat Pahang, Perak dan Terengganu. Timbalan Menterinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata inisiatif yang selaras dengan kempen ‘Cuti-Cuti 1Malaysia Dekat Je’ itu dilihat mampu menarik