Tuesday, July 15, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelancong kunjungi Rumah Panjang Teraja

    Oleh Daniel Lim

    KUALA BELAIT, 9 Jan – Sekumpulan pelancong asing dari pelbagai buah negara telah mengadakan kunjungan ke Rumah Panjang Teraja dan Wasai Teraja, baru-baru ini.

    Kedatangan para pelancong yang diiringi Pengurus Sakam Adventure, Awang Bohari bin Abdullah telah dialu-alukan oleh Setiausaha Jawatankuasa Rumah Panjang Teraja, Gaung Jamit bersama ahli-ahli jawatankuasa biro wanita rumah panjang tersebut.

    Semasa lawatan tersebut, rombongan telah diberikan penerangan mengenai pembangunan dan perkembangan yang telah dilakukan untuk Rumah Panjang Teraja dari sudut ekopelancongan. Mereka juga berpeluang untuk melihat sendiri hasil kraf tangan ahli-ahli jawatankuasa yang bertujuan untuk mempromosikan budaya dan warisan rumah panjang dan juga kawasan sekitarnya.

    Selain itu, rombongan juga berpeluang untuk menyaksikan tarian tradisional dan persembahan gulintangan yang dipersembahkan oleh jawatankuasa dan Biro Wanita Rumah Panjang Teraja. Lawatan tersebut antara lain bertujuan untuk mengalami sendiri suasana pengembaraan dan persekitaran di Ulu Belait.

    Rombongan pelancong bergambar ramai semasa kunjungan mereka ke Rumah Panjang Teraja.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda