KAHERAH, 30 DIS – Seorang pelancong maut dan seorang lagi cedera dalam serangan ikan yu di pusat peranginan Laut Merah Mesir di Marsa Alam, kata Kementerian Alam Sekitar kelmarin, lapor Xinhua.
Kementerian Alam Sekitar dalam satu kenyataan berkata kedua-dua mangsa adalah warga asing, namun kewarganegaraan mereka tidak didedahkan.
Menurut kementerian itu, kawasan kejadian akan ditutup dan aktiviti berenang dilarang selama dua hari bermula hari ini.
Kementerian itu berkata sebuah jawatankuasa khas akan dibentuk untuk menyiasat insiden berkenaan. – Bernama