Monday, March 17, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelancong parah ‘dilibas ekor paus’ di Australia

    SYDNEY, 3 OGOS – Seorang pelancong wanita dikejarkan ke hospital selepas terkena ekor paus ketika melakukan aktiviti snorkel di pantai barat laut Australia, kata paramedik hari ini.

    Ketika kejadian, mangsa menjelajah dekat Terumbu Karang Ningaloo yang disenaraikan dalam Warisan Dunia di Lautan Hindi ketika dia dilibas oleh ekor makhluk besar itu.

    Perkhidmatan ambulans St John memberitahu AFP, mereka telah menghantar wanita itu ke lapangan terbang sebelum dia diterbangkan untuk mendapat rawatan lanjut di Perth.

    “Dia mengalami kecederaan pada bahagian dada dan dikatakan dalam keadaan serius tetapi stabil,” kata seorang jurucakap.

    Laporan lain mengatakan wanita berusia 29 tahun itu diserang oleh yu paus iaitu spesies ikan terbesar di dunia yang panjangnya boleh mencecah 15 meter. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda