Wednesday, April 2, 2025
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelancong Rusia terkandas di Cuba

    MEXICO CITY, 5 JULAI – Lebih 150 pelancong Rusia yang diuji positif COVID-19 sebaik tiba di Cuba masih menunggu keputusan ujian saringan terbaharu, kata Konsulat Jeneral Persekutuan Rusia di Cuba, Nana Mgeladze.

    “Mengenai pelancong yang tiba dengan penerbangan antara 30 Jun dan 2 Julai, seramai 133 penumpang termasuk anak kapal disahkan positif COVID-19 pada 30 Jun lalu menerusi ujian saringan pertama di lapangan terbang. Ujian susulan pula mengesahkan seramai 33 orang telah dijangkiti,” kata Mgeladze.

    Menurutnya, 130 pelancong Rusia masih dikuarantin di bilik hotel manakala mereka yang tiba sebelum 29 Jun, telah dikuarantin lebih awal, lapor Sputnik.

    Pelancong itu mendakwa tidak menunjukkan sebarang gejala, dan mempunyai dokumen membuktikan mereka telah divaksin atau disahkan negatif COVID-19, sebelum berlepas dari Rusia.– Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda