Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelancong Taiwan nikmati keunikan hari raya

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 APRIL – Keunikan budaya masyarakat Brunei khususnya budaya kunjung-mengunjungi semasa sambutan perayaan seperti Sambutan Hari Raya Aidilfitri merupakan satu peluang yang amat baik bagi pelancong dari luar untuk mengenali dan merasai sendiri budaya mesra masyarakat negara ini.

    Sehubungan itu, seramai 12 orang pelancong Taiwan berpeluang untuk berkunjung dan menikmati juadah hari raya di kediaman Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin di Kampung Bebatik, Kilanas, Sengkurong, hari ini.

    Kehadiran rombongan berkenaan dialu-alukan oleh Yang Berhormat Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan.

    Semasa kunjungan berkenaan, para pelawat berpeluang untuk bertemu dengan Yang Berhormat Dato serta menikmati hidangan juadah tempatan yang disediakan.

    Mengulas mengenai lawatan berkenaan, mereka menyatakan amat gembira, beruntung dan berbesar hati kerana berpeluang untuk berjumpa dengan Yang Berhormat Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan serta isteri.

    Mereka juga menyatakan amat beruntung untuk menyaksikan budaya kunjung-mengunjungi semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri dan menikmati juadah tempatan termasuk kek, keropok dan acar.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bergambar ramai bersama rombongan dari Taiwan di kediaman beliau di Kampung Bebatik. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda