Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelancongan di Asia Pasifik pulih ke paras sebelum pandemik menjelang 2024

    MANILA, 7 FEB – Pemulihan sektor pelancongan di Asia dan rantau Pasifik pesat meningkat dan mungkin kembali semula ke tahap sebelum pandemik menjelang 2024, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Bank Pembangunan Asia (ADB), hari ini.

    Laporan Integrasi Ekonomi Asia 2023 berkata ketibaan pelancong antarabangsa di rantau Asia Pasifik meningkat 399 peratus tahun ke tahun untuk lapan bulan pertama 2022, namun hanya 10.3 peratus daripada jumlah 2019, lapor Xinhua.

    “Variasi itu sebahagian besarnya didorong oleh perbezaan dalam kadar pembukaan semula sempadan, protokol kesihatan awam dan keyakinan orang ramai terhadap perjalanan ke luar negara,” menurut laporan itu.

    Menurut laporan itu konflik Rusia-Ukraine yang berterusan juga terus menimbulkan risiko penurunan dalam sektor pelancongan Asia yang berpotensi menyebabkan kehilangan kira-kira satu pertiga daripada pelancong dari Rusia.

    “Harga bahan api yang lebih tinggi mendorong peningkatan tambang penerbangan dan perbelanjaan perjalanan selain kelemahan prospek pertumbuhan global yang merencatkan momentum pemulihan,” kata laporan itu.

    Untuk pemulihan pasca pandemik, laporan itu percaya ekonomi di rantau ini perlu melihat beberapa pilihan dasar untuk membina kemampanan dan daya tahan sambil menangani cabaran sebelum pandemik seperti pasaran sumber yang kecil selain menambah baik infrastruktur.

    “Kerjasama serantau yang lebih erat penting dalam menangani cabaran yang berpanjangan,” menurut laporan itu. – Bernama

    Pelancong China disambut dengan mesra semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh pada 7 Februari. Pemulihan sektor pelancongan di Asia dan rantau Pasifik pesat meningkat dan mungkin kembali semula ke tahap sebelum pandemik menjelang 2024. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda