Wednesday, March 19, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelancongan di Odisha dijangka melonjak akibat AirAsia

    NEW DELHI, 22 Feb – Negeri Odisha di India menjangkakan sektor pelancongannya mencatat lonjakan besar selepas pelan AirAsia Bhd bagi penerbangan antara ibu negeri, Bhubaneswar dan Kuala Lumpur dilancarkan.

    Setiausaha Pelancongan Negeri Odisha, Arati Ahuja berkata dalam ulasannya yang disiarkan oleh media, bahawa mereka berharap dapat mempromosikan destinasi menarik di negeri sebelah timur itu kepada pelancong Asia Tenggara.

    “Dasar yang khusus akan dilaksanakan untuk mempromosikan pakej pelancongan kepada Asia Tenggara dengan kerjasama AirAsia,” katanya dipetik sebagai berkata semalam.

    Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Aireen Omar dan Pengarah Jabatan Pelancongan Odisha, Nitin Bhanudas Jawale, telah menandatangani perjanjian pada 17 Feb, 2017 berhubung penerbangan Kuala Lumpur-Bhubaneswar.

    Jawale berkata kerjasama AirAsia adalah penting kepada Odisha.

    “Perjanjian ini merupakan kemuncak bagi usaha kami dan tidak lama lagi kami akan mempunyai penerbangan antarabangsa,” katanya dengan menambah, penerbangan itu dijangka ditawarkan pada kekerapan tiga kali seminggu dan kerajaan negeri turut menawarkan subsidi dalam bentuk pendanaan.

    Lapangan terbang Bhubaneswar dinaik taraf lebih tiga tahun lepas sekali gus membolehkan ia mempunyai penerbangan antarabangsa.

    Penerbangan AirAsia dijangka dilancarkan pada April 2017, dan akan menjadi perkhidmatan penerbangan terus antarabangsa yang pertama bagi lapangan terbang itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda