KUALA LUMPUR, 6 OKT – Pandemik COVID-19 memberikan implikasi negatif hingga melumpuhkan sektor ekonomi Labuan terutamanya industri pelancongan, kata Senator Datuk Bashir Alias. Beliau berkata sebelum pandemik COVID-19 melanda negara, Labuan mencatatkan pertumbuhan ekonomi 5.2 peratus dengan nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM76 bilion pada 2019. Malah, katanya Labuan turut mencatatkan kemasukan pelancong