Wednesday, March 19, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelancongan meningkat di pantai timur Kanada

    KING POINT – Pada waktu senja, pelancong berpeluang menyaksikan runtuhan bongkah ais di penghujung perjalanan dari Greenland ke pantai timur Kanada, yang kini menjadi barisan pertama untuk mencairkan ais Lautan Artik.

    Sementara seluruh dunia sedih melihat kesan daripada pemanasan global, pekerja pemecahan ketulan ais iaitu proses memecahkan ais telah memberikan nafas baharu terhadap kampung-kampung pesisir pantai Newsfoundland dan Labrador.

    Setelah menjadi pusat penangkapan ikan, kawasan tersebut kini menjadi tuan rumah kepada juru gambar amatur dan pelancong yang berharap untuk menyaksikan epik runtuhan bongkah ais untuk generasi seterusnya. Apabila musim sejuk berakhir, runtuhan bongkah ais pasti akan bermula.

    Selama empat tahun, Strickland telah membawa pelancong untuk menyaksikan sendiri runtuhan bongkah ais ini, yang boleh diukur ketinggiannya sekitar berpuluh-puluh meter tinggi dan berat ratusan ribu tan.

    Arus angin dan lautan membawa bongkah ais ini dari barat laut Greenland, beribu-ribu kilometer ke pantai Kanada. Dalam beberapa minggu, ais beku selama beribu-ribu tahun mencair dan mengalir ke laut.

    Lawatan bot Strickland sering ditempah pada musim panas iaitu dari bulan Mei hingga Julai, dengan pelancong yang datang dari seluruh dunia ke King’s Point. – AFP

    Lawatan bot Strickland sering ditempah pada musim panas iaitu dari bulan Mei hingga Julai, dengan pelancong yang datang dari seluruh dunia ke King’s Point, sebuah perkampungan yang mempunyai 600 penduduk.

    Penduduk desa menjejaki bongkah ais di peta pengesanan satelit interaktif yang disiarkan secara online oleh kerajaan wilayah.

    Meningkatkan ekonomi

    Tahun lepas, sejumlah 500,000 pelancong telah berkunjung ke Newfoundland dan Labrador, jumlah yang hampir sama dengan jumlah penduduk di kawasan itu dengan penjanaan dianggarkan sekitar AS$570 juta, statistik kerajaan menunjukkan.

    Ledakan pelancongan itu telah membantu mengimbangi penurunan industri perikanan di rantau tersebut, yang mengalami krisis kerana penangkapan ikan yang berlebihan pada penghujung abad yang lalu. Malah ada juga yang menjual ‘Air Bongkah Ais’ di mana dianggap sebagai air paling murni di dunia ini – dijual dengan harga yang mahal. Air tersebut turut digunakan dalam menghasilkan produk-produk kosmetik.

    Namun di sebalik kejayaan ekonomi itu, ia merupakan detik ‘gelap’ bagi glasier artik berikutan pemanasan global yang semakin cepat di semenanjung sehingga menjadikan industri pelancongan di kawasan itu tidak menentu.

    Di Kampung Twillingate, pekerja di Auk Island Winery – di mana pembuat produk dari air ais dan beri liar, telah menyaksikan sendiri bahawa perniagaan di kawasan tersebut sukar untuk diramalkan.

    Artik mengalami pemanasan tiga kali lebih cepat dari seluruh dunia.

    Pada pertengahan bulan Julai, suhu rekod dicatatkan berhampiran Kutub Utara.

    Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, bongkah ais telah hanyut jauh dan bergerak terus ke Selatan, menimbulkan ancaman kepada kapal-kapal kargo yang sibuk antara Eropah dan Amerika Utara. Ketika ini, pelancong masih dapat menikmati pemandangan dan pengalaman yang menakjubkan.

    Laurent Lucazeau, seorang pelancong dari Perancis yang berusia 34 tahun berkata melihat bongkah ais itu sangat menyedihkan.

    “Ia seperti satu imej konkrit pemanasan global untuk melihat bongkah ais berada di kawasan perairan yang panas,” katanya kepada AFP.

    “Ada sesuatu yang misteri dan mengagumkan tentang perkara itu, sehingga menyebabkan anda tertanya-ta-nya dan dalam masa yang sama menyedihkan,” tambahnya kepada media. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda