Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelancongan tonggak industri di China

    TAIYUAN, 2 Jan – Wilayah utara China yang kaya dengan arang batu, Shanxi, telah mengeluarkan peraturan untuk mewujudkan pelancongan sebagai daya pendorong pembangunan ekonomi utamanya dalam usaha untuk memisahkan dirinya daripada industri perlombongan arang batu tradisional.

    Menurut peraturan pelancongan wilayah, berkuat kuasa semalam, kerajaan wilayah akan memajukan dan mengembang pelancongan kepada industri teras strategik dengan menambah pelaburan dan sokongan dan mempromosi integrasi dengan industri lain.

    Shanxi mempunyai sejarah yang wujud sejak beberapa ribu tahun lalu, meninggalkan di belakang sejumlah besar relik budaya. Dari segi geografi, ia memaparkan Tembok Besar ke utara, gunung Taihang ke timur dan Sungai Kuning ke barat.

    Wilayah itu menerima kira-kira 514.8 juta pelancong domestik dari Januari hingga Oktober 2017, satu pertambahan sebanyak 27 peratus tahun ke tahun.

    Shanxi adalah pusat tenaga penting di China. Perlombongan arang batu telah menyumbang kepada pembangunannya sejak beberapa dekad lalu, membawa kepada kemerosotan alam sekitar dan masalah sosial.

    Majlis Negeri China pada September mengeluarkan satu garis panduan untuk menyokong transformasi ekonomi di Shanxi, memastikan menjelang tahun 2020, industri perlombongan arang batunya merosot, dan satu zon demonstrasi pelancongan didirikan.

    Pada akhir tahun 2015, Shanxi mempunyai 270.9 bilion tan simpanan arang batu, menyumbang kepada 17.3 peratus daripada jumlah keseluruhan negara, ketiga terbesar selepas Mongolia dan rantau autonomi Xinjiang Uygur. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda