Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelanggan bertuah AIFA bawa pulang pelbagai hadiah

    Oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 OGOS – Tuah memihak kepada Dayang Rosmimah binti Haji Bujang apabila membawa pulang pakej TV LED Smart 4k AIFA 85” dan PEVY wireless microphone sebagai hadiah utama dalam promosi Cabutan Bertuah Hari Raya AIFA 2022.

    Beliau merupakan salah seorang daripada 38 pemenang yang dipilih untuk memenangi hadiah dalam majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di Kampung Lambak, baru-baru ini.

    Cabutan nama pemenang telah dibuat oleh Dato Paduka Haji Danial bin Haji Hanafiah awal bulan ini.

    Para pemenang lain pula membawa pulang pelbagai peralatan elektrik menarik lain seperti TV pintar, peti sejuk, penyaman udara, periuk induksi, cooker hoods, vakum, dispenser air, kipas siling dan kipas berdiri serta banyak lagi di mana kesemua hadiah bernilai $24,000.

    Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan AIFA, Dr Andy Lau. Turut hadir ialah Pengurus Besar AIFA, Lily Ngo dan Pengarah, Pengiran Yusmazulawadi bin Pengiran Haji Mohd Yussof.

    Dr Andy Lau menyampaikan hadiah utama kepada Dayang Rosmimah.
    Dr Andy Lau semasa berucap pada majlis penyampaian hadiah berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda