Oleh Sim Y. H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 24 NOV – Seorang pelanggan bertuah Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) membawa pulang hadiah berupa sebuah mesin kopi baharu sebagai pemenang utama kempen Kad Kredit BIBD dan QuickPay bersama 30 vendor kopi tempatan di Brunei.
Di samping itu, pemenang utama bersama-sama 10 pemenang yang lain membawa pulang hadiah rebat $300 dan sesi kelas barista yang diadakan selepas majlis penyampaian hadiah di Ibu Pejabat BIBD.