Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Ogos – Seorang pelanggan bertuah Boustead Sdn Bhd telah memenangi sebuah kereta Nissan Juke setelah terpilih sebagai pemenang utama promosi ‘Galaxy Deals’ yang berakhir dengan cabutan yang diadakan di Bilik Pameran Nissan, Beribi, hari ini.
Hadir pada majlis berkenaan bagi membuat cabutan ialah Pengurus Cawangan Boustead Sdn Bhd, James Wong.
Eni Krishnawati dari Indonesia, yang telah membeli Nissan Urvan beberapa bulan lalu, menjadi pemenang promosi kali ini yang telah berjalan lebih tiga bulan dari 16 April hingga 31 Julai lalu.

Ketika ditemu bual Media Permata, beliau menyatakan perasaan tidak sangka akan menjadi pemilik Nissan Juke tersebut.
Eni Krishnawati perlu melalui tiga tahap aktiviti sebelum dapat menghidupkan Nissan Juke.
Eksekutif Pemasaran Boustead Sdn Bhd, Han Ming Kwang dalam kenyataan yang diberikan menyatakan terima kasih kepada pembeli-pembeli kereta Nissan kerana hadir pada majlis cabutan bertuah itu dan beliau berjanji untuk mengadakan sesuatu yang lebih menarik untuk para peminat Nissan di Brunei Darussalam.