Tuesday, May 13, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelanggan bertuah NBT terima hadiah

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 NOV – Dayang Siti Farahiyah binti Haji Abdullah Thani dan Awang Asri bin Abdul Rahman yang mewakili anaknya, Awang Mohd Samri bin Asri berjaya membawa pulang hadiah baucar membeli-belah bernilai $1,000 bagi pusingan kelima Kempen Sure Win anjuran NBT Toyota yang berlangsung di Bilik Pameran Toyota, NBT, Gadong, hari ini.

    Pada majlis berkenaan, lebih 70 orang pelanggan yang membeli kende0raan Toyota pada 16 November hingga 26 November, telah membawa pulang hadiah-hadiah menarik berupa baucar membeli-belah dalam pusingan kelima bagi kempen berkenaan.

    Awang Asri dalam temu bual menyatakan perasaan gembiranya kerana berjaya membawa pulang hadiah cabutan bertuah bernilai $1,000.

    “Ini sangat tidak dijangkakan. Terima kasih NBT kerana menganjurkan promosi ini,” katanya.
    Manakala Dayang Siti Farahiyah yang baru sahaja berpindah ke Kuala Belait dan membeli Toyota Fortuner untuk kegunaan ulang-alik ke Bandar Seri Begawan, juga mengongsikan perasaan gembiranya selepas menerima hadiah berkenaan.

    “Terima kasih NBT kerana memberikan saya peluang untuk memenangi sampul bernilai $1,000 ini,” katanya.

    Kempen Sure Win akan berjalan sehingga penghujung November di mana bagi setiap pembelian kenderaan Toyota, para pelanggan layak untuk menyertai satu cabutan Sure Win sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan yang memberi sokongan berterusan kepada NBT (B) Sdn Bhd dalam menjadikan Toyota sebagai jenama pilihan nombor satu dan sebagai ganjaran hadiah menarik kepada pelanggan mereka.

    Semasa kempen berkenaan, para pelanggan juga berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah bernilai sehingga $60,000 dalam tempoh 60 hari, di mana para pelanggan berpeluang memenangi hadiah baucar membeli-belah bernilai sehingga $2,000.

    Dayang Noor Hafilah ketika menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda