BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Nov – Bank Standard Chartered (SCB), baru-baru ini, telah mengadakan majlis penyampaian hadiah bagi cabutan bulanan terakhirnya sebagai sebahagian daripada Promosi Perbankan Digital.
Promosi berkenaan dilancarkan selaras dengan pengenalan aplikasi Standard Chartered Mobile di mana seorang pelanggan bertuah memenangi Samsung S8 dan pemenang kedua menerima Samsung S3 Gear, menurut kenyataan yang dikeluarkan SCB.
Pada majlis yang berlangsung di Ibu Pejabat SCB itu, penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengurus Produk, Produk Runcit SCB, Cecilia Phan.
Dengan mengumpulkan mata tertinggi, Dayang Nurasiah Siregar memenangi Samsung Galaxy S8 diikuti oleh Benjamin Sim yang membawa pulang Samsung Gear S3 dengan mata terkumpul kedua tertinggi.
Kenyataan turut menyatakan, penyampaian hadiah utama bagi cabutan utama promosi berkenaan akan diadakan hujung minggu ini di mana tiga pemenang akan dipilih untuk memenangi iPhone 7, Apple Watch 3 atau iPad Mini.
![](http://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2017/11/P8-3A_071117.jpg)