Oleh Hajah Saemah Kepli
KUALA BELAIT, 31 Mac – Dayang Norazimah binti Haji Amran terpilih sebagai pemenang hadiah utama berupa sebuah peti sejuk jenama LG bernilai hampir $400 dalam kempen cabutan bertuah bagi bulan Mac anjuran Pusat Membeli-Belah KBSentral.
Beliau turut menerima hadiah iringan bersama tiga hadi-ah teratas yang lain masing-masing berupa berupa hamper, baucar, penginapan satu malam di Hotel Garden Sentral dan beberapa barangan lainnya kesemuanya bernilai $1,080.
Cabutan bertuah untuk lima pemenang bagi promosi tersebut diadakan di pusat membeli-belah berkenaan hari ini dan disempurnakan oleh Pengurus Kawasan Jaya Hypermart Store, Pong Chin Kiang; Pengurus Acara dan Pemasaran, Awang Ahmad Anwar Rosly dan Yang Di-Pertua Persatuan Belia dan Beliawanis Daerah Belait, Awang Sulaiman bin Udin.
Seramai 500 pemenang kupon disenaraikan untuk cabutan bertuah itu yang menawarkan pelbagai hadiah terdiri daripada barangan jualan Pasar Raya Jaya Hypermart.

