BANDAR SERI BEGAWAN, 9 DIS – Seramai 34 orang pelanggan bertuah telah menerima hadiah sempena kempen cabutan bertuah kedua yang dianjurkan oleh Pusat Membeli-belah Mid Valley, kelmarin.
Hadiah utama telah dimenangi oleh Dayang Hasmawati binti Ahmad Juriah yang membawa pulang sebuah kereta Proton Saga. Sementara itu, Awang Julaihi Kamis berjaya memenangi sebuah mesin basuh. Pemenang tempat ketiga dan keempat, Haji Muslim bin Haji Abu Bakar dan Haji Mohd Radzi bin Haji Omar masing-masing memenangi barang kemas dan sebuah telefon pintar.
Kempen cabutan bertuah kedua itu telah bermula dari 18 Julai 2022 dan akan berakhir pada akhir Julai 2023.
