Tuesday, May 13, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelanggan bertuah terima pakej percutian

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mac – Seorang pelanggan bertuah Freme Travel Services berpeluang melancong secara percuma ke mana-mana destinasi KLM Eropah setiap tahun selama tiga tahun apabila menjadi pemenang dalam Cabutan Bertuah Utama Pesta Pelancongan ke-13.

    Bernadette Newn yang diwakili anak perempuannya, Georgina Wong menerima hadiah pelancongan untuk dua orang yang tidak pernah diadakan sebelum ini pada majlis penyampaian yang diadakan baru-baru ini dan disempurnakan oleh Pengerusi Freme Travel Services, P.M. Dato Shariffuddin.

    P.M. Dato Shariffuddin dalam kenyataan yang dikeluarkan dipetik berkata, “Di Freme, matlamat kami adalah penyampaian pengalaman percutian luar biasa yang konsisten kepada pelanggan-pelanggan kami.

    “Kami sudah tentu berbangga berada di barisan depan industri pelancongan Brunei, mendahului dengan produk-produk pelancongan dan inisiatif-inisiatif pemasaran seperti konsep pesta pelancongan di mana

    pelanggan boleh menikmati tawaran istimewa yang tidak terdapat pada hari-hari lain,” jelas beliau.

    Tambah beliau, tahun ini mereka akan meraikan Pesta Pelancongan ke-14 yang menjanjikan tawaran-tawaran dan hadiah yang lebih hebat.

    Georgina Wong ketika menerima hadiah bagi pihak ibunya yang disampaikan oleh P.M. Dato Shariffuddin.
    Georgina Wong ketika menerima hadiah bagi pihak ibunya yang disampaikan oleh P.M. Dato Shariffuddin.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda