Oleh Imelda Groves HA
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 April – Seramai 23 pemenang bertuah, hari ini, membawa balik hadiah-hadiah menarik dari DST atas penyertaan mereka dalam kempen-kempen dan aktiviti promosi yang telah pun diadakan baru-baru ini.
Majlis penyampaian hadiah bagi aktiviti di Petak DST di Pesta Pengguna ke-19 (CF19) dan promosi PowerKad Incomm itu telah berlangsung di Ibu Pejabat DST di mana hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Ketua Pegawai Eksekutif DST, Awang Suhaimi bin Hussain dan turut dihadiri oleh warga pengurusan kanan dan kakitangan serta para jemputan.
Bagi aktiviti cabutan bertuah DST di CF19 pada Januari 2017, 20 pemenang telah diundi dengan 17 daripadanya menerima hadiah sagu hati berupa 3GB DST MBB bagi pengguna prabayar dan 7GB DST MBB bagi pengguna pasca bayar bersama mata ganjaran DST sebanyak 200.
Sementara itu, tiga pemenang lainnya telah dijemput untuk penyampaian hadiah hari ini, iaitu Awangku Mohd Syamaizar bin Pengiran Haji Masuni yang memenangi Apple iPhone 7 256GB bersama Data DST MBB 3GB dan Mata Ganjaran Kesetiaan DST 200; Bryan Ngu Chang Siang menerima Apple iPhone 7 128GB bersama Data DST MBB 7GB dan Mata Ganjaran Kesetiaan DST 200; dan Arcee yang membawa pulang Apple iPhone 7 32GB bersama Data DST MBB 7GB bersama Mata Ganjaran Kesetiaan DST 200.

Penyampaian hadiah kepada ketiga-tiga pemenang berkenaan telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif DST, Haji Marsad bin Haji Ismail.
Sementara itu, bagi promosi ‘DSTINCOMM Online Reward’ yang telah berlangsung dari 1 Januari hingga 7 April lalu sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-33 , 20 pemenang telah dipilih.
Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengurus Besar Kewangan Kumpulan di DST, Ang Siok Tuan bagi lima pemenang teratas, Penolong Pengurus Besar Kumpulan HR di DST, Dayang Ramlah binti Haji Rabaha bagi pemenang ke-6 hingga ke-10 manakala itu, Pengurus Kanan DSTIncomm, Mohd Noh Koya menyampaikan hadiah bagi pemenang ke-11 hingga ke-20.
Lima pemenang teratas bagi promosi berkenaan ialah Ho Vui Wong (Apple iPhone7 128GB); Dayang Nur Zafirah Amirah binti Daud (Samsung Galaxy S7 Edge); Dayang Osmalinawati binti Haji Osman (Samsung Galaxy Tab S2); Awang Sulaiman bin Isa (Samsung Galaxy Gear S2); dan Pua Soon Lee (Samsung Galaxy Tab A 10.1).
Seramai 80 pelanggan lain yang membeli PowerKad dalam talian turut menerima hadiah sagu hati.
Penyampaian hadiah adalah antara inisiatif yang dijalankan oleh DST dalam melahirkan rasa penghargaan kepada para pelanggan yang setia.