Wednesday, March 19, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelanggan foodpanda terima ganjaran

    Oleh Syahmi Hassan

    Gambar oleh foodpandabrunei

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Julai – Perkhidmatan penghantaran makanan online foodpanda Brunei, kelmarin, telah memberikan ganjaran kepada pelanggannya menerusi kempen ganjaran.

    Dayang Sity Diyanatul Widad memenangi telefon bimbit Meizu M5s setelah terpilih sebagai pemenang dalam PANDAREWARDS Giveaway yang diadakan sempena Bulan Ramadan dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri.

    “Saya sangat gembira untuk memenanginya memandangkan saya memesan setiap masa, saya cuma mencuba nasib saya,” kata Dayang Siti Diyanatul.

    “Saya tidak menyangka untuk menang tetapi saya lega kerana mendapatkannya,” tambah beliau lagi.

    Para pemenang telah dipilih daripada pesanan yang mereka buat menggunakan kod PANDAREWARDS dan telah disenarai pendek serta dipilih secara rawak.

    Dayang Siti Diyanatul yang telah memenangi telefon bimbit Meizu M5s PANDAREWARDS foodpanda.
    Dayang Siti Diyanatul yang telah memenangi telefon bimbit Meizu M5s PANDAREWARDS foodpanda.
    Gretsen Paulino juga membawa pulang hadiah dari foodpanda.
    Gretsen Paulino juga membawa pulang hadiah dari foodpanda.

    Gretsen Paulino dan Dayang Amal Zafirah juga tersenarai sebagai pemenang dan mereka telah membawa pulang hadiah-hadiah dari foodpanda.

    Matlamat utama pemberian hadiah tersebut adalah untuk menyebarkan keseronokan semasa musim perayaan.

    Kini, foodpanda Brunei telah bekerjasama dengan lebih daripada 80 buah restoran seperti Swensen’s Café & Restaurant, Wayback Burgers dan Restoran A.Ayam sambil terus meningkatkan perkhidmatan penghantaran mereka untuk memberikan perkhidmatan penghantaran makanan dalam talian yang paling cekap dan mudah di negara ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda