Friday, January 3, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelanggan Nissan menang hadiah lumayan

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JUN – Awang Mohd Fadzil Mohd Said muncul sebagai pemenang bertuah yang membawa pulang hadiah utama dalam Kempen Cabutan Bertuah Istimewa Ramadan Nissan yang berlangsung di Dewan Pameran Nissan, Beribi, hari ini.

    Hadir untuk menyaksikan dan menyempurnakan penyampaian hadiah utama ialah Pengurus Pemasaran dan Jualan BSM, Haji Mohd Hairul Radzi bin Haji Shahri.

    Pada majlis berkenaan, Awang Mohd Fadzil membawa pulang wang tunai $1,500, manakala di tempat kedua, Awang Abdul Malik bin Mohd Zaini menerima wang tunai $1,000 dan tempat ketiga dimenangi Dayang Fatin Nur Athiqah binti Abu Bakar menerima wang tunai $500.

    Sementara itu, 20 pemenang lain membawa pulang wang tunai $100 dan 27 pemenang lain membawa pulang hadiah sagu hati berupa barangan Shell.

    Kempen itu merupakan kolaborasi antara Nissan Brunei dan Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd di mana pelanggan yang membuat pembelian minyak pelincir Shell dalam tempoh kempen iaitu 10 Mac hingga 31 Mei layak untuk mendapatkan baucar cabutan bertuah.

    Gambar ramai para pemenang kempen dan kakitangan yang terlibat dalam majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH SIM Y. H
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda