Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelanggan Setia Motors pandu pulang Hyundai Tucson

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 DIS – Dayang Siti Nur’aliyah’ainie binti Abdullah llamado berjaya memilih nombor yang membawa tuah kepadanya apabila memenangi sebuah kereta Hyundai Tucson Highspec sebagai hadiah utama cabutan bertuah Kempen 30
    Years of Progression anjuran Setia Motors.

    Pada cabutan akhir yang diadakan di Hyundai Candy Wonderland, Jerudong Park Colonnade, hadiah tempat pertama berupa wang tunai $10,000 dimenangi oleh Haji Muhammad Azmin Syawaluddin bin Haji Shariffudin, di tempat kedua, Dayang Jaliah binti Tuah membawa pulang wang tunai $8,000 dan Awang Mohamad Izzat Suhairi bin Suhaili memenangi hadiah ketiga berupa wang tunai $5,000.

    Hadir bagi mencabut nama empat pemenang teratas termasuk hadiah utama ialah Pengarah dan Pengurus Pembangunan Perniagaan Setia Motors, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Mu’iz.

    Manakala itu, Pengurus Besar Setia Motors, James Chin mencabut nama 15 pemenang teratas dan Pengurus Jualan, Fadhillah Sulaiman mencabut 50 nama pemenang hadiah sagu hati.

    Seramai 200 orang yang tersenarai untuk menyertai cabutan akhir sempena Sambutan Ulang Tahun Kemajuan ke-30 Setia Motors menghadiri majlis tersebut.

    YAM Pengiran Anak Haji Abdul Muiz membuat cabutan bagi memilih empat pemenang teratas. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Hadiah utama dimenangi oleh Dayang Siti Nur’aliyah’ainie. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    James Chin menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang 15 teratas. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    James Chin menjelaskan, cabutan bertuah terbesar itu adalah tanda penghargaan Hyundai atas kepercayaan dan kesetiaan yang ditunjukkan oleh pelanggan sejak 30 tahun yang lalu selain mengesahkan komitmen Hyundai bukan sahaja menyediakan teknologi automotif terkini tetapi juga mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk pemandunya.

    “Kempen 30 Years of Progression telah meraikan perjalanan dan kepercayaan pelanggan yang telah diberikan kepada kami, dan dengan cabutan bertuah utama ini adalah salah satu cara kami menyatakan kesyukuran dan berkongsi kejayaan kami dengan mereka,”
    jelasnya.

    Manakala itu, Dayang Siti Nur’aliyah’ainie yang hadir bersama anaknya semasa ditemui selepas acara berkenaan melahirkan rasa kegembiraan dan syukur memenangi hadiah utama berkenaan.

    Menurutnya, beliau masih rasa terkejut dan tidak menyangka akan membawa pulang sebuah kereta dan ia merupakan pengalaman pertamanya menyertai cabutan
    bertuah yang menawarkan hadiah cukup istimewa.

    Kongsinya, beliau menyertai cabutan itu setelah membeli sebuah kereta Creta untuk keperluan anaknya ke sekolah dan menjelaskan, beliau lebih selesa dan yakin dengan kemampuan kereta Hyundai yang mana beliau juga memiliki Hyundai H1.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda