Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Pelanggaran data QueUp, beberapa perkhidmatan Kementerian Kesihatan terganggu

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JAN – Berikutan insiden pelanggaran data pada aplikasi QueUp yang telah dimaklumkan Cyber Security Brunei (CSB), terdapatnya gangguan terhadap beberapa perkhidmatan yang diberikan di bawah Kementerian Kesihatan.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, kelmarin, perkhidmatan QueUp pada masa ini digunakan untuk membuat penempahan perkhidmatan bagi pemeriksaan kesihatan pekerja-pekerja asing dan orang ramai membuat tempahan suntikan sebelum perjalanan keluar negara.

    Sehubungan itu, orang ramai yang telah membuat tempahan bagi Perkhidmatan Pemeriksaan Kesihatan Pekerja Asing dan Pusat Suntikan di Pusat Pemeriksaan Kesihatan Berakas bolehlah menunjukkan bukti tempahan mereka kepada pekerja kesihatan di pintu masuk pusat pemeriksaan tersebut.

    Manakala, bagi yang ingin membuat tempahan slot baharu bolehlah menghubungi talian 2331100 (sambungan 4) bagi Perkhidmatan Pemeriksaan Kesihatan Pekerja Asing; dan talian 2331100 (sambungan 207) semasa waktu pejabat bagi Perkhidmatan Suntikan Vaksinasi.

    Sementara itu, merujuk kepada siaran akhbar yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Pos, bagi mana-mana tempahan penghantaran ubat melalui jabatan berkenaan, orang ramai boleh menghubungi pejabat pos yang berdekatan.

    Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan sedang berusaha untuk menangani insiden berkenaan dengan pihak agensi yang berkenaan.

    Bagi sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Talian Darussalam 123.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...