Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pelangi FM, RTB adakan Pertemuan Semula

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OKT – Rangkaian radio Pelangi FM dan Radio Televisyen Brunei (RTB) telah mengadakan Majlis Pertemuan Semula sempena Sambutan Jubli Perak rangkaian tersebut kelmarin yang dihadiri oleh seramai 40 orang terdiri daripada mantan ketua dan DJ Pelangi FM serta mereka yang masih bertugas.

    Turut hadir ialah mantan Pengarah RTB, Haji Osman bin Haji Mohammad.

    Majlis tersebut diadakan buat pertama kali di mana menurut mantan ketua Pelangi FM, Dy Helen Thu, ia sepatutnya diadakan pada Januari 2021 tetapi terpaksa ditunda disebabkan oleh kekangan COVID-19 ketika itu.

    Rangkaian radio Pelangi FM telah ditubuhkan pada 1 Januari 1996 dan telah berjaya mengendalikan pelbagai projek antaranya Rentak 914 dan Anugerah Pelangi di samping turut menganjurkan pelbagai jerayawara di seluruh negara.

    Antara yang hadir pada majlis tersebut bergambar ramai. – GAMBAR SERAHAN MANTAN KETUA PELANGI FM
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...