BANDAR SERI BEGAWAN, 20 NOV – Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, bahawa dengan ini dimaklumkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah mengurniakan titah perintah bagi pelantikan keahlian Majlis Mesyuarat Mengangkat Raja yang baharu iaitu Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji ldris bin Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar dilantik sebagai Yang Di-Pertua (Lantikan Rasmi Kerana Jawatan – Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara) dan Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned dilantik sebagai Naib Yang Di-Pertua (Lantikan Rasmi Kerana Jawatan – Mufti Kerajaan).
Sementara itu, enam lagi ahli yang dilantik ialah Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (B) Pengiran Haji lbnu Basit bin Pengiran Datu Penghulu Pengiran Haji Apong, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Maharaja Diraja Dato Seri Paduka Haji Abdul Wahab bin Haji Mohd Said, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Áwang Mohd Yusof.
Manakala Timbalan Setiausaha Tetap (Urus tadbir Perkhidmatan Awam), Jabatan Perdana Menteri, Pengiran Haji Raffizanna bin Pengiran Haji Razali selaku Pemangku Grand Chamberlain dilantik sebagai setiausaha.
Tarikh lantikan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Mengangkat Raja ini berkuat kuasa mulai 21 November.