SINGAPURA, 15 Sept – Upacara mengangkat sumpah Halimah Yacob sebagai orang Melayu pertama yang menjadi presiden Singapura selepas 47 tahun, merupakan peristiwa yang amat penting dalam sejarah republik ini, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong. Berucap pada upacara itu di Istana hari ini, Lee berkata Halimah adalah orang Melayu pertama dipilih menjadi presiden negara ini sejak jawatan itu ditentukan melalui pemilihan pada 1991, dan Halimah adalah presiden pertama yang dipilih selepas perubahan besar dilakukan