Monday, May 12, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelantikan Ketua Hakim Mahkamah Besar

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Jun – Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan ini dimaklumkan bahawa Baginda Sultan telah mengurniakan titah perkenan bagi pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi, Yang Arif Dato Paduka Steven Chong Wan Oon sebagai Ketua Hakim Mahkamah Besar bagi menggantikan Yang Amat Arif Dato Seri Paduka Haji Kifrawi bin Dato Paduka Haji Kifli yang telah menamatkan perkhidmatannya. Tarikh pelantikan Yang Arif Dato Paduka Steven Chong Wan Oon berkuat kuasa mulai 30 Jun 2018 bersamaan 16 Syawal 1439H.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda