Oleh Normazlina M.D TUTONG, 13 Jan – Dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) yang baru merupakan satu tanggungjawab yang besar bagi mereka, terutama dalam menyampaikan sumbangan dan memberikan buah fikiran, pandangan serta cadangan-cadangan yang menjurus ke arah kemajuan negara sama ada dari segi ekonomi, pendidikan, keagamaan dan isu-isu sosial yang berkaitan demi mencapai